Saturday, January 17, 2015

Berkelana Demi Kehidupan

Mei 22 2014 kali pertama aku menyelusuri kehidupan bersendirian di tempat oang. Walaupun pada dasarnya memang aku hidup bersendirian di Terengganu tapi setiap hujung minggu aku akan balik bertemu keluarga di Klang. Demi meneruskan kelestarian hidup kami seluarga terpaksa timggal berasingan, isteri dan anak-anak di Meru aku di Terengganu. Demi mencari rezeki terpaksa kami lalui keadaan itu. Kali ini aku terpaksa merantau ke Korea Selatan sebagai 'Commissioning Engineer' di bawah Siemen Germany untuk projek Stesen Janakuasa Elektrik di Incheon, Korea Selatan.

Bersama team YTL di Projek POSCO


Memang ini kali pertama aku travel luar dari Malaysia walaupun kerja aku sebelum ini memang banyak travel tapi dalam Malaysia jela. Kali pertama terlibat dengan projek pembinaan stesen janakuasa elektrik, dari kawasan bertanah merah sampai berurap.



Banyak la pengalaman bekerja dengan bangsa asing terutama bangsa yang dah lama maju dari segi teknologinya. Dapat kita nilai tahap profesionalisma mereka. ternyata kita belum mampu untuk ke tahap mereka. Walaupun begitu kita sebenarnya mampu jadi maju tapi kena tukar cara berfikir, buang sifat PHD yang begitu tebal dalam jiwa orang kita Melayu yang beragama Islam.






Wednesday, July 20, 2011

Keprofesionalisme Kakitangan Awam

Apa yang aku ingin coretkan di sini ialah rentetan dari kejadian kelahiran anak ketiga ku di Hospital Awam di Terengganu. Sehari selepas isteriku bersalin aku diberitahu yang anakku terpaksa ditahan di ward kerana terdapat jangkitan kuman dalam darah. Maka terpaksalah isteriku berada di ward bersama-sama anakku yang baru dilahirkan lebih kurang satu minggu lagi di hospital. Aku cuba mendapatkan pengesahan doktor berkenaan dengan keadaan anakku. Tapi memang susah untuk berjumpa dengan doktor akupun tak tahu mengapa sukar sungguh untuk berjumpa doktor. Aku terus berjumpa dengan jururawat di ward. Memang amat menyedikan sikap, layanan dan etika jururawat itu. Dengan nada yang bongkaknya jururawat itu bercakap dengan nada yang tinggi menyuruh aku tunggu dulu result makmal lagipun katanya anak aku oklagi nampaknya tu. Pada awalnya memang aku tak berpuas hati dengan jawapan sedemikian tapi aku cuba berfikir positif mungkin reult makmal belum siap untuk mengesahkan keadaan anakku. Tak mengapalah, selepas tamat waktu melawat akupun pulanglah kerumah, begitulah hari-hariku sepanjang seminggu sehinggalah hari isteriku dan anakku dibenarkan keluar dari ward aku masih lagi tidak tahu apa penyakit sebenar anak aku sehingga ditahan di ward selama seminggu itu. Bila aku minta tengok laporan makmal dengan nada yang tidak menyenangkan jururawat menjawab alah tak ada apa-apa sebab kalau sakit takkan anak boleh keluar. Aku memang geram dengan jawapan itu.
Banyak lagi sikap-sikap yang amat tidak menyenangkan wujud dalam diri penjawat awam (jururawat) .

Monday, July 18, 2011

Profesionalisme

Assalamualaikum,


Tanggal 13 Julai 2011 merupakan hari yang amat bahagia buat aku dan isteriku. Aku juga ingin memanjatkan kesyukuran yang tinggi kehadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya isteriku selamat melahirkan anak perempuan. Aku juga ingin mengucapkan rasa terima kasihku terhadap pasukan doktor yang menggunakan segala kepakaran mereka dalam menyambut kelahiran anakku ini. Aku juga berasa amat bangga dengan kehebatan doktor tempatan kita yang mempunyai kepakaran setanding dengan doktor-doktor negara lain.

Baiklah isteriku melahirkan anak kami di Hospital Kemaman Terengganu setelah mengadu sudah mula ada tanda-tanda hendak besalin jam 2.00 petang 13 Julai 2011. Aku yang pada waktu itu sedang mengikuti kursus pertolongan cemas terpaksa bergegas pulang ke rumah walaupun jika merujuk pada tarikh yang dianggarkan oleh doktor isteri aku akan melahirkan pada 27 Julai 2011 tetapi tarikh tu anggaran saja. Kadang-kadang ada yang lebih awal dari tarikh tu. Akupun pulang ke rumah dan berkemas apa yang patut.

Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai di Hospital Kemaman dan aku terus bawa isteriku ke bahagian O&G. Sampai di situ aku lihat tiada siapa dikaunter dan hampir 10 minit jugalah kami menunggu di situ hinggalah ada seorang jururawat melintas di situ untuk masuk ke labour room. Akupun terus minta bantuan jururawat itu untuk entertain isteriku yang memang dalam kesakitan waktu itu. Selepas menyerakan semua dokumen yang perlu isteriku masuk ke labour room manakala aku terpaksa menunggu di luar kerana 2 orang anak aku tidak boleh masuk ke labour room. Lebih kurang setengah jam jururawat keluar dan meminta ku menyerahkan pakaian untuk baby kerana katanya isteriku sudah sampai masa untuk melahirkan.

Memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke labour room maka terpaksalah isteriku bersalin tanpa ditemani aku. Akupun masuk jugalah sekejap ke dalam labour room sementara anak aku yang dua orang di luar bersama-sama dengan sekuriti yang bertugas petang itu. Selepas berjumpa isteriku aku keluar ambil anak-anak aku dan terus ke Kem Bukit Kuang, nak tumpang mandi dan kalau terpaksa tidur di situlah. Manalah tau isteri aku bersalin tengah malam. Selepas siap anak-anak mandi, kami ke bandar Kemaman untuk makan malam. Selepas itu kami kembali ke hospital untuk melihat perkembangan isteriku. Pada masa itu jam menunjukkan jam 8 malam. Aku cuba interkom jururawat dalam labour room untuk bertanya perkembangan isteriku. Jururawat yang keluar itu keluar dan meminta aku berjumpa doktor katanya doktor hendak berjumpa ku. Ya Allah kenapa dengan isteriku.

Menurut doktor isteriku perlu dibedah untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan kerana trend jantung bayiku tidak berapa elok dan lagi menurut doktor tali pusat bayi sudah melilit leher. Akupun tanpa berlengah terus membenarkan doktor meneruskan prosedur pembedahan. Lebih kurang jam 9 malam isteriku dibawa masuk ke bilik bedah. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 1 jam iaitu jam 9.59 malam bayi perempuanku dilahirkan.

Syukur Alhamdulillah akhirnya isteriku dan bayiku selamat. Lebih kurang jam 12 malam isteriku dibawa masuk ke ward. setelah siap mengiqamatkan bayiku dan mengiringi isteriku ke ward aku bersama 2 orang anakku pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 1 pagi kami sampai ke rumah. Mujurlah syarikat ada memperuntukkan cuti 2 hari untuk suami bila isteri bersalin dan kebetulan pula keesekan harinya itu cuti umum untuk negeri Terengganu dan ditambah 2 hari cuti tahunan yang aku pohon adalah satu minggu cuti untuk aku menguruskan isteriku.

Tuesday, July 5, 2011

Bersih

Lama juga aku tak singgah ke blog ni. Apapun yang sebenarnya aku tak punyai isu atau acara-acara untuk dikongsikan. Walau bagaimanapun aku terpanggil hari ini untuk merakamkan rasa hairan, tak puas hati dan macam-macam perasaan yg pelik dalam diri aku. Ini ikutan kes pagi tadi aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Apa yang mendukacita aku ialah punca kesesakan itu merupakan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan telah erlaku akibat ketaksuban dan kedengkelan masyarakat kita. Cuba bayangkan rutin harian aku pergi kerja hanya mengambil masa 5 minit tetapi disebabkan kesesakan hari ni aku ambil masa sejam untuk sampai ke tempat kerja. Aku tak salahkan anggota keselamatan yang menjalankan tugas tu sebab aku faham mereka hanya menerima arahan. Akupun sebahagian dari anggota keselamatan dan aku amat faham prinsip-prinsip unit-unit keselamatan ini. Aku hanya terkilan dengan punca utama berlakunya sekatan jalan raya yang mengakibatkan kesesakan berkilometer lebih-lebih lagi di awal pagi yang mana masa masing-masing berpusu-pusu ke pejabat. Tapi aku hairan juga sebab apalah pegawai-pegawai atasan tu buat perancangan sekatan ni seawal pagi begini. Tapi apapun mereka mempunya alasan sendiri untuk mengeluarkan perintah sebegitu untuk dilaksanakan oleh anggota bawahan. Tapi lanjutan dari insiden ketaksuban kitalah semua ketidakselesaan ini berlaku.
Aku difahamkan yang laporan polis yang direkodkan oleh Bukit Aman sebanyak 3000 laporan berkaitan hanya satu perkara iaitu'BERSIH'. Apa sebenarnya fungsi laporan polis yang dibuat sebegitu banyak hanya untuk satu perkara. Orang kita ni dah tak ada kerja lain ke. Kalaupun nak mengampu, nak mengipas janganla buat perkara-perkara yang boleh menyusahkan orang lain. Pihak polis memang akan menerima saja barang siapa yang nak buat laporan polis, itu memang piagam pihak polis. Bila dah laporan dibuat tindakan ke atas laporan tu perlu dilaksanakan. Jadi tindakannya laksanakan sekatan jalan.
Aku bukan nak komen tentang sekatan tu, tapi sikap orang melayu kita yang buat aku kekadang menyampah, walaupun aku orang melayu. Cukupla setakat seorang dua atau satu dua organisasi yang buat laporan polis. Ni kalu boleh masing-masing nak tunjuk perihatinnya dengan keamanan konon membantah perhimpunan 'BERSIH' habis semua orang buat laporan polis. Cuba tengok apa yang berlaku di Pulau Pinang, perarakan membantah 'BERSIH' yang mengakibatkan kesesakan lalulintas di bandar George Town. Siapa yang susah, peniaga, pihak polis pening kepala dan lagi pelancong-pelancong semua cabut lari. Kalaupun engkau orang nak tunjuk atau nak menonjol nonjolkan keperihatinannya banyak benda lain boleh dibuat. Bar pihak yang beranggung jawab tu yang atasi semua tu, kau tak payahla nak buat perkara-perkara yang akhirnya menyusahkan orng lain. Kalau kau buat perarakan sebegitu untuk membantah perhimpunan 'BERSIH' tu ap beza kamu dengan orang-orang (kalau manusia boleh berfikir) yang nak anjurkan perarakan 'BERSIH' pada aku kamu tu lagi teruk, dan tak bertamadun sebab mereka belum pun berarak kamu dah berarak.
Ku sebenarnya simpati dengan bangsa melayu kita. Sensitif tak kena tempat. Akhirnya apa yang dia dapat, kena tahan oleh pihak polis. Bijak ke tu. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kita tidak boleh ak mengubah sejarah kerana sememangnya orang melayu kita bangsa yang pelik. Aku amat menyokong tulisan mantan perdana menteri kia Tun Dr. Mahathir "Melayu Mudah Lupa". Jika kita baca catatan sejarah seperti "Kisah Pelayaran Munsyi Abdullah" kita boleh tengok bagaimana sikap kita orang melayu yang sentiasa bertindak yang akhirnya mendatangkan musibah kepada bangsa kita sendiri. Sebab itu aku amat setuju dengan sajak Tun Dr. Mahathir "Perjuangan Belum Selesai". Perjuangan kita orang-orang melayu memang belum selesai selagi kita orangorang melayu masih tidak mahu sedar.
Jadi bukan nak mengata atau merendahkan bangsa sendiri, tetapi itulah hakikatnya. Kita tak akan mampu bersaing dengan bangsa pendatang lain jika mentaliti kita tidak diubah. Jangan ingat orang lepasan universiti, pemegang ijazah bergulung-gulung, pegawai-pegawai tinggi itu sudah mantap dari segi pemikiran patriotiknya, bagus tindakannya, wajar percaturannya, selagi kesedaran terhadap bangsa tu tiada dalam jiwa aku tak yakin mereka-mereka ini mampu menjulang bangsa kita. Apa yang penting sekarang masing-masing perlu ubah sikap, ubah niat, dan ubah kepentingan tu kearah keikhlasan bertindak lillahitaala.
Jadi fikir-fikirkanlah saudaraku.
Wassallam...................................................