Tuesday, July 5, 2011

Bersih

Lama juga aku tak singgah ke blog ni. Apapun yang sebenarnya aku tak punyai isu atau acara-acara untuk dikongsikan. Walau bagaimanapun aku terpanggil hari ini untuk merakamkan rasa hairan, tak puas hati dan macam-macam perasaan yg pelik dalam diri aku. Ini ikutan kes pagi tadi aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Apa yang mendukacita aku ialah punca kesesakan itu merupakan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan telah erlaku akibat ketaksuban dan kedengkelan masyarakat kita. Cuba bayangkan rutin harian aku pergi kerja hanya mengambil masa 5 minit tetapi disebabkan kesesakan hari ni aku ambil masa sejam untuk sampai ke tempat kerja. Aku tak salahkan anggota keselamatan yang menjalankan tugas tu sebab aku faham mereka hanya menerima arahan. Akupun sebahagian dari anggota keselamatan dan aku amat faham prinsip-prinsip unit-unit keselamatan ini. Aku hanya terkilan dengan punca utama berlakunya sekatan jalan raya yang mengakibatkan kesesakan berkilometer lebih-lebih lagi di awal pagi yang mana masa masing-masing berpusu-pusu ke pejabat. Tapi aku hairan juga sebab apalah pegawai-pegawai atasan tu buat perancangan sekatan ni seawal pagi begini. Tapi apapun mereka mempunya alasan sendiri untuk mengeluarkan perintah sebegitu untuk dilaksanakan oleh anggota bawahan. Tapi lanjutan dari insiden ketaksuban kitalah semua ketidakselesaan ini berlaku.
Aku difahamkan yang laporan polis yang direkodkan oleh Bukit Aman sebanyak 3000 laporan berkaitan hanya satu perkara iaitu'BERSIH'. Apa sebenarnya fungsi laporan polis yang dibuat sebegitu banyak hanya untuk satu perkara. Orang kita ni dah tak ada kerja lain ke. Kalaupun nak mengampu, nak mengipas janganla buat perkara-perkara yang boleh menyusahkan orang lain. Pihak polis memang akan menerima saja barang siapa yang nak buat laporan polis, itu memang piagam pihak polis. Bila dah laporan dibuat tindakan ke atas laporan tu perlu dilaksanakan. Jadi tindakannya laksanakan sekatan jalan.
Aku bukan nak komen tentang sekatan tu, tapi sikap orang melayu kita yang buat aku kekadang menyampah, walaupun aku orang melayu. Cukupla setakat seorang dua atau satu dua organisasi yang buat laporan polis. Ni kalu boleh masing-masing nak tunjuk perihatinnya dengan keamanan konon membantah perhimpunan 'BERSIH' habis semua orang buat laporan polis. Cuba tengok apa yang berlaku di Pulau Pinang, perarakan membantah 'BERSIH' yang mengakibatkan kesesakan lalulintas di bandar George Town. Siapa yang susah, peniaga, pihak polis pening kepala dan lagi pelancong-pelancong semua cabut lari. Kalaupun engkau orang nak tunjuk atau nak menonjol nonjolkan keperihatinannya banyak benda lain boleh dibuat. Bar pihak yang beranggung jawab tu yang atasi semua tu, kau tak payahla nak buat perkara-perkara yang akhirnya menyusahkan orng lain. Kalau kau buat perarakan sebegitu untuk membantah perhimpunan 'BERSIH' tu ap beza kamu dengan orang-orang (kalau manusia boleh berfikir) yang nak anjurkan perarakan 'BERSIH' pada aku kamu tu lagi teruk, dan tak bertamadun sebab mereka belum pun berarak kamu dah berarak.
Ku sebenarnya simpati dengan bangsa melayu kita. Sensitif tak kena tempat. Akhirnya apa yang dia dapat, kena tahan oleh pihak polis. Bijak ke tu. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kita tidak boleh ak mengubah sejarah kerana sememangnya orang melayu kita bangsa yang pelik. Aku amat menyokong tulisan mantan perdana menteri kia Tun Dr. Mahathir "Melayu Mudah Lupa". Jika kita baca catatan sejarah seperti "Kisah Pelayaran Munsyi Abdullah" kita boleh tengok bagaimana sikap kita orang melayu yang sentiasa bertindak yang akhirnya mendatangkan musibah kepada bangsa kita sendiri. Sebab itu aku amat setuju dengan sajak Tun Dr. Mahathir "Perjuangan Belum Selesai". Perjuangan kita orang-orang melayu memang belum selesai selagi kita orangorang melayu masih tidak mahu sedar.
Jadi bukan nak mengata atau merendahkan bangsa sendiri, tetapi itulah hakikatnya. Kita tak akan mampu bersaing dengan bangsa pendatang lain jika mentaliti kita tidak diubah. Jangan ingat orang lepasan universiti, pemegang ijazah bergulung-gulung, pegawai-pegawai tinggi itu sudah mantap dari segi pemikiran patriotiknya, bagus tindakannya, wajar percaturannya, selagi kesedaran terhadap bangsa tu tiada dalam jiwa aku tak yakin mereka-mereka ini mampu menjulang bangsa kita. Apa yang penting sekarang masing-masing perlu ubah sikap, ubah niat, dan ubah kepentingan tu kearah keikhlasan bertindak lillahitaala.
Jadi fikir-fikirkanlah saudaraku.
Wassallam...................................................

2 comments:

Honey Soft Ice Cream said...

melayu mudah lupa (anak zaman mahathir)

asri.azhari said...

Memang mana-mana zaman bangsa kita sentiasa lupa. Kalau kita tengok bagaimana Kota Melaka dierjah Portugis hanya disebabkan oleh laluan dan sokongan yang diberi oleh orang kita dan lagi cuba kita lihat bagaimana pembukaan pulau singapura yang asalnya milik bangsa melayu, bagaimana pulau yang jadi tempat lanun dan jin bertendang menjadi pelabuhan kedua selepas pelabuhan melaka. Orang kita pula masih hidup dibayangi kepercayaan yang sentiasa merugikan bangsa. Hidup sentiasa dalam zon selesa walaupun pada hakikatnya jauh ketinggalan di belakang. Hanya kerana kita selesa hidup dalam zon selesa itu.