Wednesday, July 20, 2011

Keprofesionalisme Kakitangan Awam

Apa yang aku ingin coretkan di sini ialah rentetan dari kejadian kelahiran anak ketiga ku di Hospital Awam di Terengganu. Sehari selepas isteriku bersalin aku diberitahu yang anakku terpaksa ditahan di ward kerana terdapat jangkitan kuman dalam darah. Maka terpaksalah isteriku berada di ward bersama-sama anakku yang baru dilahirkan lebih kurang satu minggu lagi di hospital. Aku cuba mendapatkan pengesahan doktor berkenaan dengan keadaan anakku. Tapi memang susah untuk berjumpa dengan doktor akupun tak tahu mengapa sukar sungguh untuk berjumpa doktor. Aku terus berjumpa dengan jururawat di ward. Memang amat menyedikan sikap, layanan dan etika jururawat itu. Dengan nada yang bongkaknya jururawat itu bercakap dengan nada yang tinggi menyuruh aku tunggu dulu result makmal lagipun katanya anak aku oklagi nampaknya tu. Pada awalnya memang aku tak berpuas hati dengan jawapan sedemikian tapi aku cuba berfikir positif mungkin reult makmal belum siap untuk mengesahkan keadaan anakku. Tak mengapalah, selepas tamat waktu melawat akupun pulanglah kerumah, begitulah hari-hariku sepanjang seminggu sehinggalah hari isteriku dan anakku dibenarkan keluar dari ward aku masih lagi tidak tahu apa penyakit sebenar anak aku sehingga ditahan di ward selama seminggu itu. Bila aku minta tengok laporan makmal dengan nada yang tidak menyenangkan jururawat menjawab alah tak ada apa-apa sebab kalau sakit takkan anak boleh keluar. Aku memang geram dengan jawapan itu.
Banyak lagi sikap-sikap yang amat tidak menyenangkan wujud dalam diri penjawat awam (jururawat) .

No comments: