Monday, July 18, 2011

Profesionalisme

Assalamualaikum,


Tanggal 13 Julai 2011 merupakan hari yang amat bahagia buat aku dan isteriku. Aku juga ingin memanjatkan kesyukuran yang tinggi kehadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya isteriku selamat melahirkan anak perempuan. Aku juga ingin mengucapkan rasa terima kasihku terhadap pasukan doktor yang menggunakan segala kepakaran mereka dalam menyambut kelahiran anakku ini. Aku juga berasa amat bangga dengan kehebatan doktor tempatan kita yang mempunyai kepakaran setanding dengan doktor-doktor negara lain.

Baiklah isteriku melahirkan anak kami di Hospital Kemaman Terengganu setelah mengadu sudah mula ada tanda-tanda hendak besalin jam 2.00 petang 13 Julai 2011. Aku yang pada waktu itu sedang mengikuti kursus pertolongan cemas terpaksa bergegas pulang ke rumah walaupun jika merujuk pada tarikh yang dianggarkan oleh doktor isteri aku akan melahirkan pada 27 Julai 2011 tetapi tarikh tu anggaran saja. Kadang-kadang ada yang lebih awal dari tarikh tu. Akupun pulang ke rumah dan berkemas apa yang patut.

Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai di Hospital Kemaman dan aku terus bawa isteriku ke bahagian O&G. Sampai di situ aku lihat tiada siapa dikaunter dan hampir 10 minit jugalah kami menunggu di situ hinggalah ada seorang jururawat melintas di situ untuk masuk ke labour room. Akupun terus minta bantuan jururawat itu untuk entertain isteriku yang memang dalam kesakitan waktu itu. Selepas menyerakan semua dokumen yang perlu isteriku masuk ke labour room manakala aku terpaksa menunggu di luar kerana 2 orang anak aku tidak boleh masuk ke labour room. Lebih kurang setengah jam jururawat keluar dan meminta ku menyerahkan pakaian untuk baby kerana katanya isteriku sudah sampai masa untuk melahirkan.

Memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke labour room maka terpaksalah isteriku bersalin tanpa ditemani aku. Akupun masuk jugalah sekejap ke dalam labour room sementara anak aku yang dua orang di luar bersama-sama dengan sekuriti yang bertugas petang itu. Selepas berjumpa isteriku aku keluar ambil anak-anak aku dan terus ke Kem Bukit Kuang, nak tumpang mandi dan kalau terpaksa tidur di situlah. Manalah tau isteri aku bersalin tengah malam. Selepas siap anak-anak mandi, kami ke bandar Kemaman untuk makan malam. Selepas itu kami kembali ke hospital untuk melihat perkembangan isteriku. Pada masa itu jam menunjukkan jam 8 malam. Aku cuba interkom jururawat dalam labour room untuk bertanya perkembangan isteriku. Jururawat yang keluar itu keluar dan meminta aku berjumpa doktor katanya doktor hendak berjumpa ku. Ya Allah kenapa dengan isteriku.

Menurut doktor isteriku perlu dibedah untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan kerana trend jantung bayiku tidak berapa elok dan lagi menurut doktor tali pusat bayi sudah melilit leher. Akupun tanpa berlengah terus membenarkan doktor meneruskan prosedur pembedahan. Lebih kurang jam 9 malam isteriku dibawa masuk ke bilik bedah. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 1 jam iaitu jam 9.59 malam bayi perempuanku dilahirkan.

Syukur Alhamdulillah akhirnya isteriku dan bayiku selamat. Lebih kurang jam 12 malam isteriku dibawa masuk ke ward. setelah siap mengiqamatkan bayiku dan mengiringi isteriku ke ward aku bersama 2 orang anakku pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 1 pagi kami sampai ke rumah. Mujurlah syarikat ada memperuntukkan cuti 2 hari untuk suami bila isteri bersalin dan kebetulan pula keesekan harinya itu cuti umum untuk negeri Terengganu dan ditambah 2 hari cuti tahunan yang aku pohon adalah satu minggu cuti untuk aku menguruskan isteriku.

No comments: